Isnin, 8 September 2008

MASJID KRISTAL DARI PANDANGAN WARNA BERBEZA







MERAKAMKAN SESUATU YANG MEMANG INDAH, KADANGKALA MENJADIKAN KITA TERPESONA. MASJID KRISTAL, DI BANDARAYA KUALA TERTENGGANU, KEINDAHANNYA MENGGAMIT TIDAK KIRA SIAPA PUN UNTUK MENGKAGUMINYA.

MELALUI JENDELA YANG TERBUKA




melalui jendela yang terbuka
aku melihat alam
aku melihat kehidupan
aku melihat keindahan
bagiku kehidupan amat mencabar
bagiku keindahan semakin pudar
bagiku alam semakin sayu
begitupun
kehidupan mesti diteruskan
keindahan mesti dipelihara
alam mesti terus kita jaga
PENCINTA ALAM.

Khamis, 4 September 2008

PASUKAN NASYID KG SUNGAI BUAYA UTARA

JOHAN PERTANDINGAN NASYID 2008 PERINGKAT KG SUNGAI BUAYA,
SEMPENA MAULIDURAASUL 1429 DI MASJID AR RAHMAH, KG SG BUAYA.

KERUSI YANG MENANTI


Tuan kerusi,
dimanakah engkau
tidak pulang lagi
penat aku menanti disini
air surut, air pasang, baniir,
aku menantimu tuan kerusi
aku rindukanmu tuan kerusi
aku masih menyimpan rasacintaku padamu
kembalilah padaku tuan kerusi
sampai bila-bilapun
aku tak sanggup kesepian begini.

AKU ADALAH KERUSI.

KUEH-MUEH MALAYSIA - MENARIK

KUEH-MUEH MALAYSIA MEMANG SEDAP, BUKAN SAHAJA RASANYA, TAPI PENGHASILANNYA JUGA KREATIF. DENGAN WARNA-WARNI, MENUNJUKAN ORANG YANG MEMBUAT KUEH UNTUK JUALAN INI BUKAN SAHAJA LARIS TETAPI MENARIK.

Sabtu, 30 Ogos 2008

FOTO @ TERENGGANU




PEMANDANGAN INDAH SEKITAR BANDARRAYA KUALA TERENGGANU. MASJID KRISTAL, HOTEL FELDA RESIDENS, JEMBATAN SULTAN MIZAN.



















TERENGGANU DARUL IMAN, NEGERI CANTIK UNTUK DIPANDANG, MANIS UNTUK DIKENANG.

PERCUTIAN KE TERENGGANU SESUATU YANG TERLALU SUKAR UNTUK DILUPAKAN, KEDAI PAYANG KEROPOK LEKOR, TELOR PENYU, PULAU PERHENTIAN, PULAU REDANG TERUS KE PULAU KAPAS, MENCANDAT SOTONG LALU MENYELAM MELIHAT IKAN BEBAS DALAM AIR LAUT YANG JERNIH.

POHON PISANG BERJANTUNG UNGU

FOTO INI DIRAKAMKAN DI HENTIAN SEBELAH TEMERLOH, PAHANG. LEBUHRAYA PANTAI TIMUR, MENGHALA KE KUALA LUMPUR. BUKANLAH SESUATU YANG ANEH, TETAPI ITULAH KEINDAHAN FLORA MALAYSIA.

LAGI FOTO KUNJUNGAN KE TERENGGANU




FOTO DIATAS DIAMBIL DISEKITAR NEGERI TERENGGANU. ANTARANYA "PULAU NIPAH/RUMBIA" DITENGAH-TENGAH SUNGAI TERENGGANU DAN PENGKALAN NELAYAN DI MARANG.

MASJID KRISTAL




FOTO DIATAS ADALAH PEMANDANGAN MASJID KRISTAL DARI BERBAGAI SUDUT.